
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Huraian
Hadis ini membicarakan tentang persoalan niat dalam melakukan amalan-amalan. Apabila kita membicarakan persoalan niat, kita pasti faham bahawa niat itu bukannya datang dari lidah ataupun minda dan lain-lain anggota tubuh badan kita kecuali satu, iaitu HATI. Itulah sebabnya saya katakana isnya amat berkaitan dengan HQ. Jadi, kata kunci untuk sub konstuk ini ialah NIAT.
Niat dari sudut bahasa bermaksud mensasarkan sesuatu perbuatan atau hasrat untuk melakukan sesuatu tindakan. Dari sudut Syara` ia bermaksud berhasrat melakukan sesuatu serta diringi dengan perlakuan.
Tujuan berniat terbahagi pada dua.
Pertama: Ia bertujuan membezakan status amalan. Ia pula terbahagi dua. Pertama: Niat yang bertujuan membezakan antara amalan adat dan amalan ibadat. Contoh: Membezakan antara mandi kerana adat kebiasaan harian di awal pagi atau kerana mengangkat hadas besar. Kedua: Niat yang bertujuan membezakan antara amalan wajib dan sunat. Misalnya perbuatan memberi harta kepada orang miskin. Adakah ia kerana bayaran zakat atau kerana sedekah yang sunat. Niat akan membezakan status amalan kedua-duanya.
Tujuan kedua… dalam post yang akan datang. MASS salamah. Wa ilal li qa’.