BAGAIMANA HQ BERFUNGSI?

BAGAIMANA HQ BERFUNGSI? Ini lagi satu soalan yang menarik! Saya mahu menjawab persoalan itu dengan beberapa soalan.

S: Kenapa ada manusia sanggup membunuh?

J: Sebab manusia itu HATInya sudah kering!

S: Kenapa manusia berdendam?

J: Kerana sakit HATI dengan orang lain.

S: Kenapa manusia mencari hiburan?

J: Mengisi kekosongan HATI.

Masih ada banyak lagi persoalan yang saya mahu kemukakan, tetapi cukup dulu untuk kali ini. Kesimpulan dari soalan-soalan saya tadi ialah kembali kepada HATI. Manusia itu akan berfungsi dengan betul jika hatinya betul dan manusia akan gagal berfungsi dengan betul jika hatinya rosak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Disebabkan penyakitnya hati, maka HATIlah yang perlu dirawat. Apa pendapat anda? Pelbagai penyakit hati dalam masyarakat kita. Itu kita bincangkan dalam pertemuan yang akan datang.