PERINGATAN

Saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan para pembaca beberapa perkara berkaitan penulisan saya:
1.
Semua penulisan saya mungkin betul dan mungkin salah. Jika betul, guna dan sebarkanlah semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan manfaatnya dari Ilahi. Yang pasti, jika kata-kata saya itu saya sandarkan dengan hujah dari al-Quran dan Hadis Nabi yang saya nyatakan kesahihannya dengan perawinya, tiada lagi keraguan padanya. Tetapi jika sebaliknya, ada kemungkinan ada kesilapan. YA ALLAH! BERILAH KAMI HIDAYAHMU.
2. Jika ada kesilapan, silalah tegur dengan cara yang berhemah dan saya akan perbetulkannya. AKU HANYA MANUSIA BIASA…
3. Penulisan ini bukan bertujuan untuk menandingi penulisan lain berkaitan kecerdasan, ianya mungkin boleh menjadi pelengkap, bahan tambah, atau sebagainya. Bergantung kepada anda menilainya. WE MUST RESPECT EACH OTHERS!
4. Sumber rujukan utama saya ialah al-Quran dan Hadis Nabi disamping pengalaman dan bahan bacaan lain dari pelbagai sumber. Oleh sebab bukan sepenuhnya dari al-Quran dan as-Sunnahlah, ada kemungkinan berlaku kesilapan. SEMUA ILMU DATANGNYA DARI ILAHI.
5. Penulisan ini akan ada penambahan dan juga pengurangan pada isi kandungan post bergantung kepda keperluan. BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL.
6. Selain itu, topiK perbincangan juga tidak teratur. Saya harap pembaca faham kerana saya baru memulakan kajian HQ ini dan belum ada apa-apa bahan rujukan lain yang khusus tentang HQ. BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA DAN SETERUSNYA…