KENAPA HQ?

KENAPA HQ? Menarik persoalan itu. Tetapi, sebelum saya menjawab persoalan itu, baik rasanya jika saya ceritakan dahulu sejarah kajian saya berkaitan kecerdasan supaya pembaca lebih memahami kajian dan hasrat isi hati kecil saya. Untuk makluman, ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda saya telah menjalankan kajian berkaitan EQ untuk Latihan Ilmiah. Saya amat tertarik dengan EQ dan ESQ. Besar hasrat saya menyambung kajian itu untuk master dan seterusnya PhD. Eh! Kata buat kajian HQ, kenapa nak teruskan EQ atau ESQ pula? Itulah cabaran yang saya hadapi. Untuk makluman, setakat pengetahuan saya, IPT di negara kita hanya membenarkan kita membuat atau mengembangkan hasil kajian orang lain, bukannya mencipta kajian kita yang tersendiri. Kalau di luar negara, barulah boleh. Kalau begitu, sambunglah ke luar negara… Rasanya, tak perlulah saya menjawab soalan itu. Yang penting, saya amat berharap, doa daripada kalian supaya saya dapat mencapai cita-cita saya itu. Kesimpulannya, kajian berkaitan HQ ini saya pelopori sendiri dan bukannya untuk tujuan pengajian Master atau PhD saya.

Sekarang, saya jawab persoalan di atas. Saya memilih untuk mengkaji HQ atas beberapa sebab:

- Ilham dari Ilahi.

- Inspirasi dari hadis Nabi Muhammad s.a.w.

- Satu istilah yang baru dan masih belum ada yang menggunakan.

- Lain-lain saya tambah kemudian.